Bila mak ayah uzur s4kit, sorg pun x ziarah, Anak 6 org semua berjaya, Aku nekad cari diorang sorg dan terkejut bila aku temui mereka





Gambar sekadar hiasan. Hai, Nama aku Joy. Hari ini aku nak berkongsi cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dalam kisah ini, bukanlah aku anak derh4ka itu, bukan juga keluarga aku yang terlibat. Tapi kisah ni dekat betul dengan hati aku.

Aku dan keluarga aku duduk di kawasan kampung dan jiran sebeIah rumah aku adalah sepasang suami isteri yang sudah tua dan aku anggap tak ubah seperti kedua ibu bapa aku. Aku mengenali pasangan suami isteri ini sejak aku kecil malah aku berteman dengan anak – anak mereka.

Aku namakan isterinya sebagai Embah dan suaminya sebagai Wak. Tahun ni, Embah dan berusia 76 tahun, dan Wak 84 tahun. Embah dan Wak ada enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat orang perempuan. Kesemuanya telahpun berkahwin dan telah dikurniakan anak. Jadi ini pengenalan yang ringkas tentang Embah, Wak dan anak – anaknya.

Wak waktu muda adalah seorang tukang atau buruh buat rumah. Kalau ada orang panggil maka adalah rezekinya untuk haritu. Embah pula akan membantu Wak dengan menjual kuih muih yang diletakkan di kedai runcit.

Sedap semuanya dan ramai orang suka lagi lagi karipap Embah. Mungkin sebab Wak dan Embah ni jenis yang jujur maka Allah permudahkan setiap urusan keluarga mereka. Anak – anak Wak dan Embah ni semuanya pandai dan hebat. Kalah aku ni yang kerja biasa – biasa saja.

Jadi disebabkan mereka ni semua dah berjaya maka semua pun berpindah ke kota. Yang perempuan bila kahwin kena lah ikut suami. Yang lelaki takkan mahu tinggal di kampung. Maka rumah yang dahulunya meriah, kini sunyi sepi dengan hembusan tua. Meriah sikit bila raya, itupun tak lama.

Jadinya, keluarga aku lah yang hari – hari datang menjenguk Wak dan Embah. Hari – hari juga aku hantarkan lauk, aku juga yang membawa mereka berdua pergi temujanji di kIinik kesihatan. Aku juga yang kemaskan rumah mereka.

Wak dan Embah ada peny4kit k3ncing manis dan Embah extra sikit sebab ada asma. Tahu kan, orang yang ada k3ncing manis ni memang cepat penat, tambah – tambah Embah yang ada asma, manalah larat nak mengemas rumah.

Waktu kerja, ibu aku akan datang memantau Wak dan Embah sebab pernah sekali tu Wak kena hip0 sebab kurang gula. Nasib baiklah waktu tu, adik aku datang nak hantar lauk tengah hari. Lepas peristiwa tu, memang 2/3 jam sekali kami bergilir – gilir pergi menjenguk.

Pernah aku berbincang dengan anak – anaknya untuk ambil pembantu rumah atau upah jururawat peribadi sebab mereka mampu. Semuanya gaji besar, kalau kumpul sikit seorang takkan lah tak mampu? Bukan sebab aku penat, tapi sebab aku nak tengok mana tanggungjawab mereka sebagai anak.

Tapi mereka iyakan saja lepastu sampai kesudah sepi macam tu je. Dalam setahun hanya hari raya saja mereka balik tu pun satu hari je. Tengah hari sampai, esok awal pagi tu dah nak balik. Baik anak menantu, cucu sama je semua.

Pernah sekali waktu mereka balik, aku datang rumah Wak untuk pulangkan barang yang aku pinjam. Masa aku datang, aku masuk dalam tengok Embah tengah cuci pinggan menimbun dalam sinki. Rumah bersepah tak terurus. Embah masa tu dah mengah sebab berdiri lama.

Aku punya lah hangin sikit lagi aku nak meng4muk tapi Embah tahan aku kata tak apa jangan marah nanti mereka tak nak balik dah. Bergenang air mata aku tengok Embah yang cakap pun tercungap – cungap. Masa tu menantu sulung perempuan dia lalu dan dia boleh buat b0do je.

Kalau bukan sebab aku hormatkan Embah dah lama aku senggong kepala dia dalam sinki tu. Bukan tu je, mereka balik langsung tak bercakap dengan mak ayah. Hanya sembang sesama adik beradik. Bergelak tawa tapi mak ayah duduk hujung je dengar.

Aku ni dari rumah tengok sedih tau. Cucu cucu dia habis jah4namkan barang rumah dan ada sekali tu jatuhkan radio lama Wak. Boleh guna lagi dan menjadi radio kesayangan Wak. Tiap malam dia akan pasang radio sebelum tidur.

Bila nak balik tak ada pun hulur duit belanja ke apa. Balik kosong macam tu je. Banyak lagi yang aku nampak tapi ibu tak bagi aku masuk campur. Pernah sekali tu aku tegurlah tentang keadaan rumah mak ayah mereka tiap kali mereka balik pada anak ketiga dia.

Anak perempuan sebab kami sebaya dan kalian tahu dia cakap apa, “kau tu orang luar, jangan masuk campur urusan keluarga aku. Ni kitorang balik pun dah patutnya bersyukur.” Masa aku dengar tu, ewah – ewah kalau bukan aku yang jaga mak ayah kau, siapa lagi nak jaga? IbIis? Sy4itan? Jiin ke nak jaga? Syukur apanya kalau balik pun setahun sekali.

Wujud ya orang jenis muka tak malu macam ni. Lepas kejadian tu aku memang dah malas nak berbunyi lagi. Dipendekkan cerita, tiga tahun macam tu mereka dah tak balik. Embah dengan Wak setiap hari telefon tapi tak ada seorang pun yang jawab.

Raya tahun pertama tu sedih giIa sebab Embah masak macam – macam makanan kesukaan anak – anak dia. Lama mereka berdua tunggu depan pintu sampai malam. Aku sampai p4ksa mereka makan. Embah menangis teresak – esak sambil jamah makanan.

Memang terus menghilang. Aku cuba call tapi tak dapat, mesej dekat fb seen tapi tak baIas. Aku dah macam sc4mmer sp4m mesej kat fb tapi satu pun tak ada yang baIas. Last sekali, aku naik bas pergi rumah anak lelaki yang sulung. Alamat tu Embah yang kasi.

Bila aku sampai aku tekan loceng, orang lain yang keluar dan katanya dah duduk situ lebih 10 tahun. Sah! Dia sengaja bagi alamat yang salah. Dalam bas nak balik tu macam – macam alasan aku fikir nak bagitahu apa. Bila dah sampai tu aku cuma kata rumah tiada orang.

Tak lama lepas tu, aku nampak anak beranak dia post kat fb pergi bercuti dekat luar negara. Bila aku komen, dia delete. Masatu hati aku dah h4ncur luluh. Semua adik beradik dia ada lengkap. Yang tak ada cuma mak ayah.

Sambungan Part 2 >> https://kamiviral01.blogspot.com/2023/08/bila-mak-ayah-uzur-s4kit-sorg-pun-x.html


2.4G RC Drift Stunt 360° Rotating Remote Control Hand Gesture Car With LED Lights and Music

🤩RC Remote Control Hand Gesture Car🔥🔥

Beli sini>> https://shope.ee/A9o55qs53T